Gaharu Online - News    Online resources for everything Gaharu

Home  

What in Gaharu Name 

Gaharu Species 

Gaharu Products 

Gaharu Price 

Gaharu News 

Gaharu Research 

Gaharu Photo Gallery 




   Gaharu News Pokok Karas Seperti Emas

Petikan dari Borneo Post

Gaharu daripada pokok itu cecah RM20,000 sekilogram atau hasilkan pendapatan RM800,000 bagi seekar tanaman KUCHING: Institut Pe-nyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia kerana menyedari hasil lumayan sektor penanaman pokok karas sehingga mencecah RM800,000 seekar.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM Dato’ Dr Abdul Rashid Malik berkata, tiada tanaman lain yang dilihat mampu memberi pendapatan lumayan dan unik seperti pokok karas yang menghasilkan produk gaharu dan minyak atar.

“Malaysia merupakan negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka Malaysia mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

“Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan ialah 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar penanaman karas dan pengeluaran gaharu di sini, semalam.

Rashid menjelaskan, pokok karas mengeluarkan gaharu selepas mencapai usia matang, tujuh tahun.

“Setiap batang pokok karas yang matang mampu mengeluarkan gaharu seberat antara satu hingga satu setengah kilogram, manakala harga sekilogram gaharu ialah dari RM4,000 hingga RM20,000, bergantung kepada gred,” katanya sambil menambah, 800 batang pokok karas mampu ditanam untuk setiap ekar.

Ditanya mengenai permintaan pasaran terhadap produk gaharu, beliau memberi jaminan peserta tidak akan berdepan dengan masalah itu kerana hanya 35 peratus daripada permintaan dunia di 80 negara pengguna gaharu mampu dipenuhi, setakat ini.

Selain itu, katanya kelebihan tanaman pokok karas ialah ia serasi ditanam bersama tanaman lain seperti getah dan pisang serta tidak memerlukan penjagaan rapi, kecuali sentiasa memastikannya tidak ditenggelami air.

Berikutan itu, orang ramai terutama golongan pekebun kecil negeri ini digesa supaya merebut peluang itu untuk menambah pendapatan masing-masing.

“FRIM akan memantau setiap peserta yang berdaftar dengan Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) dan Jabatan Perhutanan bagi memastikan tanaman pokok karas yang diusahakan berjaya mengeluarkan hasil maksimum,” katanya sambil menambah, dianggarkan 1,200 hektar pokok karas ditanam di seluruh negara.

Seminar yang dipengerusikan oleh Dr Azuhaida Yahya itu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

--------------------------------------------------------

Related posts: * M’sia wants to be Asia’s gaharu trading centre




www.gaharuonline.com